SuAtU KeAjaIbaN

KoTa MekAH seDAnG dIlIPUTI mALAm.  ALAM yANg pEKAT seHiNGGA sukar melihat orang berjalan amat terasa akan kesunyiannya.
     Sayuo-sayup kedengaran pada malam itu suara Nabi s.a.w. memecah kesunyian dengan bacaan ayat-ayat Qur'an di dalam rumah baginda. Diluar rumah baginda seolah-olah dada bayang-bayang manusia yang sedang mengintip.  

     Ketegangan pada masyarakat Mekah dirasai sejak Nabi keluar berdakwah di siang hari mengajak mereka kepada jalan yang benar.  Tetapi tentangan kian bertambah hebat, namun Nabi berpantang undur dan ini menggugat ketenangan hati orang-orang besar dan ternama Quraisy, malahan juga sebilangan pengikut-pengikut Nabi s.a.w..

     Orang-orang Quraisy kini telah memikirkan satu rencana penentangan kepada Muhammad pada siang hari.  Manakala orang-orang Islam menebalkan keimanan dalam hati mereka agar tidak akan lemah menghadapi tekanan-tekanan musuh Islam itu.

     Pada masa it, ketika Nabi s.a.w. membaca Qur'an, di luar rumah baginda terdapat tiga bayangan manusia iaitu orang-orang ternama Quraisy yang datang dari arah yang berlainan.  Masing-masing memikirkan baginda bersendiriantanpa ada yang melihat.  Sebenarnya mereka ingin mengetahui apakah yang dikerjakan oleh Nabi s.a.w. di tengah malam itu.  Ketiga-tiga mereka ialah Abu Jahal, Sufyan bin Harb dan Akhnas bin Syarik.

     Suara Nabi Muhammad s.a.w. yang berkumandang membaca ayat suci Qur'an itu telah mempesonakan mereka, meresap menusuk mempengaruhi jiwa masing-masing tanpa disedari telah menitiskan air mata, terlupa dirinya sebagai tokoh musyrik yang selalu menentang Muhammad.  Setelah mereka tersedar dari pesonaan itu barulah disedari air mata yang membasahi pipi.  Namun antara mereka bertiga masih tidak menyedari  bahawa baginda tidak berseorangan hanya kepekatan malam yanggelap itu yang memisahkan mereka bertiga.  Setelah mengusap air mata, mereka pun berlalu ke arah datangnya dahulu dengan senyap-senyap agar tidak ada orang lain tahu.
 
     Tanpa diduga, mereka bertiga bertemu, tidak seorang pun membuka bicara, mungkin kerana takut didengari orang lain.  Tetapi dalam  hati masing-masing sudah meneka akan apa yang telah dilakukan kawannya.

     "Engkau mendengar ayat-ayat Qur'an yang dibaca Muhammad ketika bersalat sepanjang malam sampai terbit fajar?"

     "Bukankah itu yang berlaku?" demikian Abu Jahal bertanya.

     "Benar, aku kira engkau juga demikian," jawab Sufyan bin Harb.

     Abu Jahal tidak menjawab, diam, tetapi wajahnya segera berubah kerana kata-kata Akhnas.

     "Kita membohongi diri sendiri dan menyalahi akal.  Sesungguhnya, ayat-ayat yang kita sama-samma dengar dari Muhammad itu memang indah sekali.  Aku terpesona oleh isinya," Demikian kata Akhnas.

     Melihat Abu Jahal yang berubah air mukanya, Akhnas tidak berkata-kata lagi khuatir akan menyebabkan ketegangan.

     Akhirnya masing-masing mencela sikap yang lain kerana mahu mengengar Muhammad membaca Al-Qur'an.  Bagaimana nanti jika masyarakat Mekah mengetahui perbuatan mereka?
Sudah tentu mereka akan diejekkan dan dihinalah martabat mereka di mata umum.  Siang hari mencela Muhammad tetapi malam hari mendengar bacaan Muhammad.

     "Jangan diulangi lagi perbuatan ini, kelak boleh menimbulkan pandangan yang salah."  Demikian mereka bertiga berjanji.  Mereka pun berpisah.

     Bila malam menjelang lagi, ketiga-tiga kenamaam Quraisy itu tanpa mengingati janji yang telah dibuat mereka malam sebelumnya, telah keluar menuju ke rumah Nabi s.a.w.. saatu sama lain mengirakan hanya dia sahaja yang melakukan, yang lain tidak.  Tetapi alangkah terkejutnya mereka ketika dalam perjalanan pulang, mereka bertemu lagi di jalan.  Bacaan Muhammad yang pertama kali mereka mendengar telah menarik hati mereka untuk mendengarnya lagi.  Maka mereka sekali lagi menutuk satu sama lain di atas perbuatannya dan mereka bertiga berjanji tidak akan membuat pengintipan itu dan melanggar janji.

     apabila malam menhelang lagi, Abu Jahal, Sufyan dan Akhnas seolah-olah tidak mahu tahu bahawa ada janji-janji yang patut dipatuhi.  Dengan kehendak ALLAH, pada malam yang ketiga ini setelah mendengar bacaan Nabi Muhammad s.a.w. , mereka bertemu lagi.  Dalam perjumpaan kali ini mereka berjanji sesungguhnya tidak akan mengulanginya lagi dagi mengelakkan dari sampai diketahui oleh masyarakat mereka.

      Pada kali ini mereka benar-benar mematuhi perjanjian itu.  Pada satu hari Akhnas dengan bertongkat berjalan menuju ke rumah Abu Sufyan kerana hasrat hatinya untuk mendapatkan pendapat dan rasa hati masing-masing setelah mendengar ayat-ayat Qur'an yang dibaca oleh Muhammad.

     "Wahai Abu Hanzalah (gelaran Abu Sufyan), cuba katakan kepada hamba akan apa pendapat engkau tentang apa yang kita dengar dari ayat-ayat yang diba Muhammad," tanya Akhnas.

     "Wahai Abu Tsalabah (gelaran Akhnas), demi ALLAH, sesungguhnya aku mendengar apa-apa yang aku ketahui dan aku tahu maksudnya.  Tetapi aku dengar pula yang aku tidak mengetahui makna dan isinya," Jawab Abbu Sufyan.

      "Demi ALLAH, aku  juga begitu," jawab Akhnas pula.

      Setelah mengetahui pendapat Abu Sufyan,  ia segera kembali dan pergi pula kerumah Abu Jahal bagi mengetahiu apa pula pendapatnya.

        "Wahai Abu Hakam (gelaran Abu Jahal), apa pendapat engkau tentang apa yang dibaca Muhammad." pertanyaan Akhnas.

       Abu Jahal tidak segera menjawab.  Beliau berdiam sejenak berfikir kerana  betiau tidak ingin menyakan isi hatinya.

      "Apa yang aku dengar?"

      Kita selalu berlumba-lumba hidup dengan keluarga Bani Abdul Manaf (nenek moyang Nabi s.a.w.) dalam mencari kemuliaan.  Mereka memberi fakir miskin makan , kita pun demikian juga.  Mereka memikul beban masyarakat, kita pun berbuat sama.  Mereka memberi, kita juga memberi, sehingga bila kita berhadapan dalam kenderaan berkuda yang berjalan pantas, mereka berkata: "Dari golongan kami ada Nabi yang mendapat wahyu dari langit, maka bila kita dapat menandinginya."

     Abu Jahal diam tanpa memberi apa-apa ulasan di atas kata-katanya itu.  Akhnas pun dapat merasakan bagaimana besar rasa kedengkian di dalam jiwa Abu Jahal.  Dalam kata-kata itu sudah terkandung isi hatinya.  Membenci kebenaran yang dibawa oleh Muhammad kerana sifat nafsu keangkuhan pada dirinya.

      "Demi ALLAH, kita tidak akan membenarkan dan mempercayai Muhammad itu!" demikianlah Abu Jahal mengakhiri katanya.

       Akhnas pun berlalu meninggaglkan Abu Jahal yang tenggelam dalam nafsu hasad dengki.  Dalam perjalanan pulang itu Akhnas berbisik dalam hatinya:
     
       Bila semua kita beriman kepada Muhammad, nescaya Tuhannya yang menurunkan Kitab, akan menolongnya dalam mengadapi kita.  Beliau akan tetap menang pada akhirnya.

       Demikianlah alkisah yang terjadi, keajaiban yang berlaku oleh kekuasaan ALLAH jua dan Muhammad sebagai Rasul ALLAH mereka musuhi dan yang pasti ALLAH akan tetap menolong Muhammad s.a.w. sehingga mencapai kejayaan.

       

     

naK bacA kE??? bOleh...yaNg pEnTiNg TaHan uRAt kEnTut taWw...taK paKsa p0wN..


kEnaPa sEnaNg saNgaT kaW mEncIntaiQ..
daN sEbEgItU sEnaNg jUga kAu meNyaKitI hatiku...
sEpErTinyA kAu mEngAngGap Aku HAnyA sEbaGAi SanDaraN JiwAmU...

CuRah-cUraH niE kuNu...


glitter-graphics.com
DikEtIka kaU iNgiNkan aQ mAnIs sEmaNiSs kUrmA kaLimahmU.. dIkeTikA kAu pErlUKan aQ kEna dEnDa puN kO sAnggup.. taPi kEtiKA aQ tErsILaP kaTa bErlOngGok-lOnGgoK sAmPAh Bau KalImahMu... kEtiKA kaU xpErlukaN aQ..pElbAgaI aLaSan Ko lOnTaRkAn... sEdEtIk hAti tErdeTik..cURanGkaH kaU tErhaDapku??? tErmEnUng aKu sEndIri..pUdaRkaH saYanGmu kEpaDaKu??? hAti YanG kEciL TeRasA bErtaMbahlAh kEcil... tErlInTas dIfIkirAn uNtuk pErgi mEmbAwA dIri aGAr aKu daPat mEngUbati HatI yaNG kIan TeRluKA... AgAr dIkAu daPat MEngenAngKAn pErbUAtanmU kEpadaKu....